“STAR Tetap
Sokong UBA dan Pembersatuan Pembangkang”
“Lapuran
baru-baru ini bahawa pemimpin muda STAR beringin STAR bersendirian adalah karut
dan tanpa sebarang asas. STAR Sabah
berpegang tetap kepada kebersatuan dibawah United Borneo Alliance (UBA)
(Perikatan Borneo Bersatu) dan mendokong
kebersatuan parti-parti pembangkang untuk menumbang kerajaan Umno/BN
sekarang” menjelaskan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah.
“STAR telah
memeterai Deklarasi Semporna dengan USNO dan penyokongnya untuk menyatukan kaum
etnik Sabah dan bersetuju untuk calun-calun USNO bertanding dibawah naungan dan
lambang STAR serta penyokong-penyokong akan mengundi calun-calun STAR diseluruh
Sabah.”
Tambahnya,
kita akan berkerjasama dengan parti-parti tempatan yang lain dibawah UBA di
semua peringkat untuk menjalinkan pembangkang yang bersatu di Sabah.
STAR juga
bercadang berkerjasama dengan pihak pembangkang Semenanjung supaya pembangkang
di Sabah dapat bersatu menentang UMNO/BN di Sabah.
Jadi,
spekulasi yang bukan-bukan bahawa STAR akan bertanding bersendirian tidak ujud
sama sekali.
Yang
termustahak ialah supaya pembangkang Sabah bersatu menentang menumbangkan
kerajaan negeri dan pusat sekarang yang tidak menjaga hak dan kuasa autonomi
Sabah dan mengganti mereka dengan pejuang-pejuang yang akan memperjuangkan hak
dan kuasa autonomi Sabah.
INI KALI LAH!
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
Chairman
STAR Sabah
19 February
2012
Comments
Post a Comment