SABAH 4 SABAHAN
North Borneo atau Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah telah mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963. Namun, ramai rakyat Negara Sabah masih ragu-ragu dan keliru sama ada kemerdekaan Negara Sabah bersama Sarawak adalah pada 16 September 1963 melalui Malaysia ataupun pada 31 Ogos 1957. Mengapakah banyak Sabahan sendiri mengatakan Sabah merdeka MELALUI Malaysia???
Untuk pengetahuan anda semua, Sabah TIDAK pernah merdeka melalui Malaysia. Kemerdekaan Negara Sabah telah diistiharkan oleh British pada 31 Ogos 1963 dan pada 16 September 1963 adalah Pembentukan Persekutuan Malaysia yang merangkumi 4 buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Surat Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di Kota London, United Kingdom. Dalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani itu, ia telah merangkumi dan memasukkan 18/20 Perkara yang mana ia telah menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia.
Di mana persoalan mula bermain di fikiran... "Dimanakah hasil keuntungan Negara Sabah?” Apa yang telah terjadi kepada pembangunan, jalan perhubungan dan perkhidmatan di Negara Sabah?” “Kenapa pembangunan di Negara Sabah sungguh terhad berbanding di Semenanjung Tanah Melayu (malaya)?”
Kesedaran ini bermula pada dua tahun lalu semasa saya berusia 15 tahun yang mana abang saya memperkenalkan kepada saya page 1 Suara Sabah dan The Future of Sabah/Sarawak and the federation of Malaysia.
Kedua-dua page ini telah menyedarkan dan membuka mata saya tentang perkara yang telah disembunyikan serta membutakan rakyat selama ini dan sepatutnya semua rakyat Borneo harus tahu dan sedar mengenainya terutama sekali kepada generasi muda dan juga yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Saya mewakili anak muda Bangsa Negara Sabah ingin bersuara melalui artikal ini agar dapat membantu membuka mata rakyat Borneo tentang hak-hak yang telah dirampas oleh Malaya.
Menurut 18/20 Perkara Sabah ialah sebuah NEGARA dan tidak boleh diubahsuai menurut perjanjian tersebut. Tiga belas tahun selepas Pembentukan Persekutuan Malaysia, status "Negara" Sabah telah diturunkan menjadi sebuah "negeri" pada 27 Jun 1976. Hal ini sungguh mengecewakan dan sudah terbukti perjanjian tersebut tidak dihormati oleh kerajaan "Persekutuan Malaysia"! Hal ini juga mengecewakan saya apabila kebanyakan rakyat bangsa Negara Sabah tidak mengambil peduli mengenainya atau mungkin takut bersuara?
Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? INI KALI LAH KITA HARUS BERJUANG!


Berkaitan dengan politik pula telah membuktikan di mana pemimpin-pemimpin Sabah tidak bersatu hati dalam mengambil tindakan terhadap hak-hak yang telah dirampas oleh malaya melalui kerajaan yang dipanggil "malaysia". Sebagai contoh, mereka saling bersaing melalui parti politik yang pelbagai cabang justeru saling memburukkan antara satu sama lain demi menjaga mangkuk dan kepentingan diri sendiri bukan kerana kepentingan rakyatnya. Perselisihan faham antara parti politik di Sabah ini telah merosakkan imej Negara Sabah dan membuktikan bahawa Pemimpin Sabah mudah terpengaruh dengan Malaya. Hal ini menyebabkan hak Bangsa dan Negara Sabah mudah dirampas akibat daripada kebodohan pihak yang terlibat.

Akhir kata, sebagai rakyat Bangsa Negara Sabah yang sudah sedar akan kebenaran ini, saya harap perkara yang saya katakkan ini dapat memberi renungan atau iktibar kepada rakyat Bangsa Negara Sabah yang masih belum bangun daripada mimpi. Bangunlah wahai warga Bangsa Sabahan! Selamatkanlah Sabah Tanah Air Ku! Marilah kita bersama-sama bersuara akan hak-hak kita
Comments
Post a Comment