
Terdapat beberapa perkara yang dijanjikan oleh Tunku Abdul Rahman. Salah satu yang paling popular ialah seperti berikut." “ THE GRANTING OF SELF-GOVERNMENT TOO WOULD ENABLE SABAH TO STAND ON ITS OWN FEET AS EQUAL WITH MALAYA, SARAWAK AND SINGAPORE. ” BY TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ, PRIME MINISTER OF MALAYA (SABAH TIMES, JESSELTON, AUGUST 30,1963) Jelas disini, bahawa taraf Sabah didalam Persekutuan Malaysia ialah setaraf dengan Malaya…bukan setaraf dengan Selangor atau Pahang.Itu sebabnya mengapa Sabah mempunyai Menteri Kabinet sendiri…bukan bertaraf EXCO macam negeri-negeri di Semenanjung. Yang Dipertua Negeri Sabah juga sepatutnya dipanggil Yang DiPertua Negara Sabah. 1) Diperingkat awal, taraf Sabah, Sarawak dan Malaya adalah sama. Tapi lama kelamaan, taraf Sabah sudah sama dengan negeri-negeri lain. Lebih teruk, Sabah adalah negeri termiskin walaupun ia mempunyai hasil negeri yang banyak. Sabah sudah menjadi seperti Malaya dizaman British dimana kekayaan dibawa ba...