Terdapat beberapa perkara yang dijanjikan oleh Tunku Abdul Rahman. Salah satu yang paling popular ialah seperti berikut."

“ THE GRANTING OF SELF-GOVERNMENT TOO WOULD
ENABLE SABAH TO STAND ON ITS OWN FEET
AS EQUAL WITH MALAYA, SARAWAK AND SINGAPORE. ”


BY TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ, PRIME MINISTER OF MALAYA
(SABAH TIMES, JESSELTON, AUGUST 30,1963)

Jelas disini, bahawa taraf Sabah didalam Persekutuan Malaysia ialah setaraf dengan Malaya…bukan setaraf dengan Selangor atau Pahang.Itu sebabnya mengapa Sabah mempunyai Menteri Kabinet sendiri…bukan bertaraf EXCO macam negeri-negeri di Semenanjung. Yang Dipertua Negeri Sabah juga sepatutnya dipanggil Yang DiPertua Negara Sabah.

1) Diperingkat awal, taraf Sabah, Sarawak dan Malaya adalah sama.

Tapi lama kelamaan, taraf Sabah sudah sama dengan negeri-negeri lain. Lebih teruk, Sabah adalah negeri termiskin walaupun ia mempunyai hasil negeri yang banyak. Sabah sudah menjadi seperti Malaya dizaman British dimana kekayaan dibawa balik ke Britain dan orang Melayu menjadi kuli.
Perkara yang sama berlaku sekarang dimana hasilbumi dikaut oleh Umno Semenanjung manakala rakyat Sabah dihimpit kemiskinan.

2) Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimanakah kuasa politik boleh berubah tangan?

Setiap kali persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat, SPR memainkan peranan dengan menambah kawasan parlimen di Semenanjung dengan banyak berbanding Sabah. Secara peratusnya, ia mengurangkan suara dari Sabah dan Sarawak. Dan kalau dilihat, pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya berlaku pada tahun 1995 apabila BN tewas kepada Parti Bersatu Sabah.
Pertambahan ini juga tidak menguntungkan rakyat Sabah kerana pertambahan itu hanya melibatkan kawasan-kawasan yang boleh dimenangi oleh BN.

3) Bagaimanakah Umno dapat meningkatkan jumlah kerusi yang ditandingi dan mampu dimenangi?

Ini dapat dilakukan dengan menambah jumlah pengundi "Melayu" bagi sesuatu kawasan itu. Sebelum persempadanan kawasan itu berlaku, Umno telah "melahirkan" begitu ramai orang "Melayu".
Pada tahun 1963, Sabah tidak mempunyai penduduk Melayu. Pada tahun 1970, penduduk Melayu hanya berjumlah 18, 362 orang tetapi penduduk Melayu meningkat sebanyak 1,552% dalam masa 30 tahun!
Bagaimana ini boleh berlaku? Apakah proses pembiakan yang digunakan sehinggakan pertambahan penduduk Melayu meningkat begitu cepat?
Pertama sekali, kalau ada orang Umno yang mengatakan depa mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, suruh depa pi pachucheng. Berapa ramai ahli Umno di sabah yang benar-benar berbangsa Melayu? "Melayu’ di Sabah terdiri daripada Indon, Filipino dan Pakistan. Dan mereka ini tiba-tiba menjadi "melayu" melalui projek IC. Siapa yang menjual bangsa Melayu?

Sabah bukan lagi milik rakyat Sabah, tapi milik pendatang asing yang diberikan hak kerakyatan demi survival Umno.
Perkara yang sama sedang berlaku di Semenanjung dimana ribuan warga Bangladesh dan Indonesia yang bukan saja diberik kerakyatan, malah diberi hak untuk mengundi.
Semenanjung Malaysia akan menjadi seperti Sabah yang sudah diambil alih oleh pendatang asing. Bangsa Melayu sedang dilelong oleh Umno dengan harga sekeping Mykad. Tapi dalam masa yang sama, merekalah yang menjerit "Hidup Melayu!!…Pertahankan Hak Melayu!!"
BULLSHIT!!!

Bangunlah hai warga Sabahan..Sampai bila kita mau dijajah. Mari kita bersatu menentang BN/UMNO keparat..Kita bersatu kembalikan Hak sebenar kita..Bila Lagi Kalau Bukan Sekarang..INI KALI LAH!!!

Comments

Popular posts from this blog

MEMUPUK PERPADUAN KAUM

SINGAPORE SELEPAS KELUAR MALAYSIA